Tabitha Brown
Tabitha Brown

Tabitha Brown

Tabitha Bonita Brown (lahir 4 Februari 1979) merupakan selebriti media sosial dan pelakon Amerika Syarikat. Brown terkenal melalui akaun media sosialnya di Facebook, Instagram, dan TikTok dengan video dan muat naiknya mengenai resepi makanan vegan, tips merawat diri, humor, dan video-video motivasi. Beliau juga dikenali dengan gelaran "America's Mom". Brown mula aktif di TikTok sejak Mac 2020 selepas anak perempuannya meyakinkannya bahawa beliai boleh menjadi contoh ibu untuk anak muda yang menggunakan media sosial. Brown pernah menjadi pelakon undangan dalam siri televisyen Switched at Birth (2011) dan Will & Grace (1998). Beliau dan keluarganya kini menetap di Los Angeles, California.[4]